Guru tidak perlu pergi sekolah masa cuti







Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan perkara itu sudah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sejak sekian lama.
"Sejak sekian lama Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), yang menyatakan guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan sahaja, sudah diedarkan.
"Saya difahamkan ada pihak yang mengabaikan perkara itu. Maka, kementerian akan menghantar surat pekeliling khas kepada semua pengarah pendidikan negeri mengenai perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan guru yang mendakwa diarah hadir ke sekolah bagi penugasan pejabat ketika cuti sekolah.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pentadbir sekolah perlu menggunakan kebijaksanaan dalam urusan persekolahan.

Bagi guru yg jauh dari kampung, biasanya sudah kurang ambil berat dlm hal keluarga. Eg tukar pun susah dapat. Kalau cuti pun tidak dapat menitikberat hal keluarga. Macam mana keadaan keluarga? 


No comments:

Post a Comment